Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Permainan Cinta

Cinta Siapa yang tidak mahu merasai cinta? Saling sayang menyanyangi. Saling kasih mengasihi. Begitu indah gambaran dunia pecintaan. Aku merasai permainan cinta ketika aku masih digelar remaja. Aku mengharapkan hubungan yang kekal sampai ke akhir nafasku. Terlalu mengharapkan cinta yang kekal abadi sedangkan aku tidak sedar akan permainan yang dimainkan oleh cinta. Aku terlalu percaya akan cinta sejati sehingga hatiku mudah untuk disakiti olehnya. Aku terlalu buta untuk menilai cinta sebenar sehingga mudah untukku memberikan segala yang aku ada. Disaat aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk cinta. Hatiku dipermainkan olehnya. Air mataku tidak mengalir keluar dari tubir mata. Aku terkedu seketika. Hatiku bagaikan dihiris-hiris dengan mata pisau yang sangat tajam. Bagai ditikam berkali-kali olehnya. Sakitnya hanya Allah sahaja tahu. Aku bertanya kepada diriku 'Salahkah untuk aku merasai perasaan cinta ini?' 'Apakah aku tidak layak untuk merasainya?' Aku