Cinta
Siapa yang tidak mahu merasai cinta?
Saling sayang menyanyangi.
Saling kasih mengasihi.
Begitu indah gambaran dunia pecintaan.
Aku merasai permainan cinta ketika aku masih digelar remaja. Aku mengharapkan hubungan yang kekal sampai ke akhir nafasku. Terlalu mengharapkan cinta yang kekal abadi sedangkan aku tidak sedar akan permainan yang dimainkan oleh cinta. Aku terlalu percaya akan cinta sejati sehingga hatiku mudah untuk disakiti olehnya. Aku terlalu buta untuk menilai cinta sebenar sehingga mudah untukku memberikan segala yang aku ada.
Disaat aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk cinta. Hatiku dipermainkan olehnya. Air mataku tidak mengalir keluar dari tubir mata. Aku terkedu seketika. Hatiku bagaikan dihiris-hiris dengan mata pisau yang sangat tajam. Bagai ditikam berkali-kali olehnya. Sakitnya hanya Allah sahaja tahu. Aku bertanya kepada diriku 'Salahkah untuk aku merasai perasaan cinta ini?' 'Apakah aku tidak layak untuk merasainya?' Aku bertanya berulang-ulang kali akan tetapi aku masih tidak menemui jawapannya.
Aku menguatkan diri agar tersenyum sedang hatiku menangis meratapi kesakitannya. Aku tidak mahu keluarga dan sahabatku tahu bahawa hatiku yang paling dalam terluka. Terluka kerana permainan cinta.

Ulasan
Catat Ulasan