Langkau ke kandungan utama

Masalah

 Setiap dari kita mempunyai masalah yang tersendiri. Apa yang membezakan kita adalah cara bagaimana kita menyelesaikan masalah itu.

Adakah kita fikirkan masalah ketika kita sedang serabut?

Atau

Adakah kita tenangkan diri sebelum fikir tentang masalah yang kita hadapai?

Aku hanyalah seorang manusia biasa yang sering menghadapi masalah. Aku tertanya pada diriku ini "Bagaimana cara untuk aku selesaikan masalah aku secara baik untuk mendapatkan result yang positif?"

Sahabat aku sering berkata bahwa "Kamu pandai menyelesaikan masalah yang kamu hadapi. Aku matang dalam mengendali masalah mu itu." Ini lah antara kata-kata yang aku sering dapat daripada sahabat aku. Matang dalam berfikir, Pandai selesaikan masalah yang menghadapi. 

Persoalannya, Betulkah?

Mereka tidak nampak apa yang aku hadapi dan mereka tidak merasa apa yang aku rasa. Sakit itu ada tapi diri ini hanya mampu bertahan. Sampai bila? aku pun tidak pasti.

Apa yang aku tahu dan aku amalkan adalah bertenang dan jangan terburu-buru. Tenangkan diri sebelum membuat sesuatu keputusan. Andai tidak, kita mungkin akan membuat satu kesilapan besar. 

Andai cara itu tidak menjadi. Apa yang aku tahu, aku perlukan seseorang untuk mengadu nasib dan meminta pendapatnya. 

Sahabat,

Masalah ini memang sudah sebati dengan diri kita. Dia lah sahabat kita yang tak jemu datang untuk menjenguk kita.

Satu sahaja nasihat saya, Masalah akan mematangkan kita. Terima dia dengan hati yang terbuka. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam cinta dariku

Assalammualaikum dan selamat berkenalan semua 😀 Sebagai permulaan penulisanku dalam blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri ini. Orang tua tua selalu berkata "tak kenal maka tak cinta 💕". Maka dengan ni saya dengan berbangganya ingin memperkenalkan diri agar kalian dapat mencintai saya. Eh?! Nama : Nur Balqis Nama panggilan : Aqishyie Umur : 19 tahun (2018) Hobi : Menulis, membaca, main game and i luv to try something new 😉 Dah lah tu kan? Yang lain akan keluar sendiri saban waktu. So harap kita boleh berkenalan. Saya rasa setakat itu sahaja dulu coretan saya untuk hari ini. InsyaAllah, saya akan mencoret pada lain masa. Salam sayang dari saya aqishyie 💕 Cinta dilihat begitu indah, Dirasa cinta itu begitu manis, Tanpa sedari cinta itu ada pahitnya, Perjalanan kisah cinta tidak selalu indah seperti yang diimpikan. Kerna itu cinta dikatakan buta, Membutakan mata, hati dan fikiran kita, Tapi ada juga c...

Luahan

Isi Hati Luahan yang sukar diungkapkan dengan kata, Sukar untuk dilafaskan deangan lidah, Sukar juga untuk ditunjukkan dengan perbuatan. Andai diberikan kekuatan untuk meluahkan isi hati ini. Mungkin tak akan ada yang memahami setiap bait kata yang dikeluarkan. Bait kata dan pemikiran tidak seiring dengan perbuatan. Tidak saling melengkapi. Tidak saling memahami. Kata hati inginkan sebegitu. Pemikiran pula inginkan sebegini. Tapi, perbuatan membuat sebaliknya. Meluahkan amat sukar untuk ungkapkan dengan bait kata. Jadi biarlah luahan ini diungkap dengan nukilan dari lubuk hati yang paling dalam. Inilah luahan yang ingin aku sampaikan.